Jenis pembundaran Kebundaran_vokal

Pembundaran terketap (contoh 1)Pembundaran terketap (contoh 2)Pembundaran terjulur (contoh 1)Pembundaran terjulur (contoh 2)

Terdapat dua jenis pembundaran vokal, iaitu terjulur dan terketap.[1] Bagi pembundaran terjulur, penjuru-penjuru mulut dirapatkan sambil bibir menjulur bagaikan tiub, hingga kelihatan permukaan dalamnya (endolabial). Bagi pembundaran terketap, penjuru-penjuru mulut juga dirapatkan, tetapi bibir juga dirapatkan secara melintang ("terketap") tanpa menjulur, dengan hanya kelihatan permukaan luarnya (eksolabial). Catford (1982:172) memerhati bahawa vokal bundar belakang dan pusat, seperti /o/ dan /u/ dalam bahasa Jerman, biasanya terjulur, manakala vokal bundar depan, seperti /ΓΈ/ dan /y/ juga dalam bahasa Jerman, biasanya terketap. Vokal terketap belakang atau pusat jarang sekali ditemui,[2] apatah lagi perbezaan antara kedua-dua jenis hanya terjadi dalam sebilangan kecil bahasa.[3]